Pembinaan Dewan Serbaguna Gereja St.Thomas Kepayan



Anggaran Perbelanjaan adalah RM1,000,000.00 (RM 1 Juta)

Surat Rayuan


Tuhan telah mencurahkan rahmatNya didalam segala usaha kita untuk memiliki sebuah bangunan gereja dan sebuah bangunan pusat katekatikal.Kini kita ada satu lagi tugasan baru yang sama penting iaitu membina bangunan Dewan Serbaguna Paroki untuk menampung keperluan aktiviti-aktiviti gereja kita.

Pengalaman dimasa lalu mengingatkan bahawa tidak mudah untuk mencari sumber kewangan seperti ini.Masa telah berlalu dimana kita tidak lagi dapat bergantung sepenuhnya daripada bantuan kerajaan.Menyedari hakikat ini,kita perlu berkorban untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan pembinaan dewan tersebut.Memang benar kita dicabar untuk bergantung kepada diri kita sendiri.Seruan seperti ini memang dipraktikkan oleh gereja menurut sejarah kita.

Diatas kesedaran tersebut,pendekatan seperti ini perlu dilaksanakan.Dengan demikian,kita merayu kepada anda dan berdoa agar jawapan anda adalah "Ya Tuhan,saya mau".

Sekian terimakasih
Puan Luvita Koiusun
Pengerusi Jawatankuasa Dana Pembinaan Dewan Serbaguna
Gereja St.Thomas Kepayan.

Disahkan Oleh
Rev.Fr.Fundes Motiung
Rektor Gereja St.Thomas Kepayan
__________________________________________

Luk 6: 38 "Apa yang kamu berikan....Allah juga akan memberinya kepada kamu.Allah akan mencurahkan kamu pemberian yang berlimpah-limpah...."

2 Kor 9;7 "Berikanlah dengan rela hati dan sukacita kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati."
__________________________________________

Sebarang pertanyaan,sila berhubung :-
1. Puan Luvita Koisun (Pengerusi) TeL: 0138542233
2. Saudara Bonnie Lobijin (Setiausaha) TeL: 0138693384
3. Saudari Maria V.Palait (Bendahari) Tel: 0128030237